Garis masa Force Z

Anak Kapal HMS Prince Of Wales menyelamatkan diri

10 Disember 1941 (Waktu tempatan)

  • 0050 Semasa di laut, Laksamana Sir Tom Phillips menerima kawat daripada Ketua Turus, Palliser, yang menyatakan bahawa Jepun telah mendarat di Kuantan. Phillips berpendapat Force Z dalam kedudukan baik untuk menyerang dan menggagalkan pendaratan di Kuantan. (laporan in tidak benar)
  • 0100 Force Z menukar haluan supaya dapat berada di perairan Kuantan pada waktu terbit matahari
  • 0220 Kapal selam Jepun I-58 mengesan Force Z, dan melepaskan tembakan 5 das torpedo tetapi tidak mengena sasaran. I-58 melaporkan kedudukan Force Z.
  • 0600 Kumpulan pertama kapal terbang Jepun berlepas dari Saigon – terdiri daripada 3 pesawat peninjau dan 9 pengebom G3M Nell
  • 0735-0930 86 buah kapal penyerang torpedo berlepas dari Saigon untuk menyerang force Z
  • 1030 Phillips menerima kawat daripada kapal pembinasa HMS Tenedos bahawa ia diserang oleh pesawat musuh
  • 1113 Kumpulan pertama kapal terbang Jepun dikesan oleh Force Z
  • 1115 Serangan udara pertama terhadap Force Z oleh sembilan buah pesawat G3M2 Nell yang membuat serangan bom aras tinggi terhadap HMS Repulse tetapi kapal itu tidak menerima kerosakan serius.
  • 1130 Radar HMS Prince Of Wales mengesan kemaraan kumpulan kedua kapal terbang Jepun.
  • 1142 Serangan torpedo pertama dilancarkan oleh kapal terbang Jepun.
  • 1144 dua buah torpedo mengenai Prince of Wales dan kapal itu mengalami kerosakan teruk.
  • 1158 kumpulan ketiga kapal terbang menyerang
  • 1220 26 buah pesawat G4M Betty membawa torpedo menyerang; sembilan daripadanya menyasarkan Repulse. Kapal itu berjaya menembak jatuh dua buah kapal terbang tetapi terkena dua buah torpedo. Torpedo kedua menyebabkan pengemudi kapal rosak dan tersekat.
  • 1223 Prince of Wales terkena empat buah torpedo lagi, sementara Repulse terkena tiga. Repulse mula tenggelam.
  • 1244 Prince of Wales terkena bom yang memburukkan lagi kerosakannya,
  • 1305 Kapal Pembinasa HMS Express diarahkan rapat pada Prince of Wales untuk menyelamatkan anak kapal.
  • 1318 4 buah pesawat pejuang jenis Brewster Buffalo daripada 453 Skuadron Royal Air Force (RAF) tiba dan mengusir kapal terbang Jepun dari kawasan tersebut.